NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (NOTIS DATA PERIBADI)

Hospital Pakar KPJ Damansara adalah tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai PDPA) yang telah berkuatkuasa mulai 15 November 2013, untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Terma-terma "data peribadi", "pemprosesan" dan "transaksi komersial" mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam PDPA.

Anda diwajibkan untuk memberikan kepada kami data peribadi anda. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam item C) di bawah.

Notis Data Peribadi ini terpakai bagi mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh Hospital Pakar KPJ Damansara.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bagaimana data peribadi anda diproses oleh dan bagi pihak Hospital Pakar KPJ Damansara.

A) Sumber Data Peribadi

Data peribadi anda dikumpul daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.

B) Jenis Data Peribadi

Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk, mana-mana yang berkenaan:- nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, nama majikan/syarikat, alamat rumah dan pejabat, nombor telefon/telefon bimbit, nombor faks, alamat emel, pekerjaan, umur, jantina, status perkahwinan, berat, tinggi, gambar, bangsa, kerakyatan, agama, maklumat keluarga/keluarga terdekat, keputusan pemeriksaan perubatan, rekod perubatan, MRN, laporan perubatan, diagnosis, maklumat kesihatan, rekod jenayah, keputusan siasatan, maklumat insurans dan data peribadi lain yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan C) di bawah.

C) Tujuan Data Peribadi

Data peribadi anda diproses bagi tujuan-tujuan seperti berikut, mana-mana yang berkenaan:-

1. Untuk perkhidmatan perubatan dan jagaan kesihatan
2. Untuk membantu keperluan peribadi pesakit (contoh melanjutkan tempoh tinggal untuk pelancongan kesihatan)
3. Untuk mewujudkan dan menguruskan rekod-rekod perubatan dan laporan-laporan perubatan
4. Untuk membantu proses pembayaran berkaitan dengan pesakit-pesakit
5. Untuk menjalankan prosiding terhadap penghutang bagi mendapatkan semula hutang
6. Untuk melaporkan data peribadi kepada pihak berkuasa dan/atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihataan
7. Untuk berkongsi data peribadi dengan KPJ Healthcare Berhad dan syarikat-syarikat berkaitan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965
8. Untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan
9. Untuk memasarkan dan mengiklankan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan
10. Untuk mentadbir dan memberi maklumbalas mengenai permintaaan, pertanyaan, aduan dan isu-isu undang-undang
11. Untuk membantu aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan dengan pekerja-pekerja
12. Untuk penghantaran dan pendaftaran borang-borang, lesen-lesen yang berkaitan kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau pihak-pihak ketiga di bawah undang-undang yang berkaitan dengan industri jagaan kesihataan
13. Untuk berkongsi data peribadi bagi tujuan kemudahan perbankan, menandatangani dokumen-dokumen undang-undang dan perakaunan
14. Bagi tujuan pembelian barangan, perkhidmatan sumber luar, pembangunan baru dan lain-lain
15. Untuk tujuan pendidikan dan latihan
16. Untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau berlanjutan daripada tujuan yang dinyatakan di atas.

D) Penzahiran Data Peribadi

Data peribadi anda dizahirkan kepada pihak-pihak berikut, mana-mana yang berkenaan:-

1. Profesional jagaan kesihatan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam PDPA)
2. KPJ Healthcare Berhad dan syarikat-syarikat berkaitan (sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965)
3. Agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan agensi-agensi bukan kerajaan
4. Agen-agen pembayaran dan insurans
5. Pihak-pihak dan agensi-agensi pemungut hutang
6. Institut-institut perbankan
7. Firma-firma guaman
8. Auditor
9. Vendor/Kontraktor
10. Hospital-hospital swasta dan kerajaan yang lain
11. Penyedia-penyedia jagaan kesihatan yang lain
12. Penyedia-penyedia latihan
13. Keluarga dan keluarga terdekat
14. Kepada pihak-pihak lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, mahkamah, pengawal selia atau proses undang-undang yang memerlukan penzahiran
15. Kepada pihak-pihak lain yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia
16. Kepada mana-mana pihak yang mana Hospital Pakar KPJ Damansara fikirkan perlu

E) Akses dan Kemaskini Data Peribadi

Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan agar data peribadi yang kami pegang mengenai anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda atau anda percaya bahawa data peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan tidak terkini, sila hubungi kami agar kami dapat mengambil langkah-langkah perlu untuk mengemaskini data peribadi anda.

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin memohon untuk mengakses data peribadi anda, sila hubungi kami. Kami sarankan agar permohonan anda untuk mengakses data peribadi yang dipegang oleh Hospital Pakar KPJ Damansara dibuat secara bertulis. Kami juga mungkin akan mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permohonan anda untuk mengakses data peribadi anda.

Selaras dengan PDPA:-

i) Bergantung kepada maklumat yang dimohon, kami mungkin mengenakan bayaran selaras dengan Jadual Pertama (Peraturan 2) Peraturan-peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013 untuk memproses permohonan anda untuk mengakses data peribadi.

ii) Kami boleh menolak permohonan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan selaras dengan PDPA.

F) Hubungi Kami

Sila hubungi kami dengan menggunakan cara-cara seperti di bawah jika anda ingin membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda:-

Alamat:
KPJ DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
No.119 JALAN SS20/10
Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Untuk Perhatian:
Pn. Zaharah Osman

Nombor Telefon:
03 – 7718 1000

Faks:
03 – 7722 2617

Alamat Emel:
pdpa@kpjdamansara.com

Jika anda tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran pemasaran daripada kami atau pihak lain, sila emel kepada kami di pdpa@kpjdamansara.com

Kami menyediakan Notis Data Peribadi ini di dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat sebarang keselarasan di antara dua versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi selaras dengan segala yang dinyatakan di atas.